Chrome - Background

MEREKA ORANG HEBAT!!

Ads by :

Sunday, September 5, 2010

Adoi CSL!!!

Assalamualaikum, adib nak buat ulasan sikit tentang Handphone jenama Malaysia yang tengah kebaboom sekarang ni. Sebelum itu adib nak minta maaf pada pihak ™CSL Manufacturing Sdn. Bhd. Kerana tujuan adib membuat ulasan ini bukan untuk mengutuk. Tetapi untuk berkongsi.
Baiklah, pada 12/12/2009, adib ada membeli hanph
one Edaran ™CSL Manufacturing Sdn. Bhd. (CSL i200).

Pada hari pertama saya menggunakan hanphone ini , Features bagi Kiblat masih boleh digunakan. Dan pada keesokan harinya dah tak berfungsi.
Other than that, Handphone ini selalu mengeluarkan screen putih semasa saya membuka photos, service, dan contact yang bertulis “Fatal Error wts:878 bla bla bla” adib risau lah pulak? Kenapa terjadi masalah sebegini. Nak hantar balik tak boleh transport nak pergi Tesco Kajang takda. Bapak balik pun sebulan sekali.
Tapi lagi kesian kan, jiran adib, dia guna CSL lipat yang ada camera, bluetoth tapi tak support mp3 tu, dia guna guna..bateri dia tinggal setengah terus padam. Yang peliknya tu kenapa bateri tinggal setengah dah padam?? Nak kata dia set daylight saving tak.. jadi adib harap, pihak CSL dapat mendengar keluhan adib ni. Yelah, kalau kita nak majukan Hanphone buatan Malaysia, janganlah cuai dalam segi perisian ke dalam cip cip . terima kasih.
Dan pesan adib pada yang membaca, SOKONGLAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA. (jangan saman adib.. adib tak ada duit nak bayar)

No comments: