Jom Chating!

Selasa, 2009 Jun 30

Cinta...

Cinta?
apakah itu cinta?
adakah cinta hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata?
adakah hanya untuk menyakitkan hati orang lain?

Fikirkan sejenak!!

akibat cintalah aku sengsara...
tetapi, pabila cinta kepada Allah S.W.T, hidup kita makin bahagia,
makin ceria dan cinta kepada ibubapa membawa ke akhir hayat..



Yang benar,
Adib
(lonely)

Isnin, 2009 Januari 05

Bestnyer...

Huh boring gile mase pagi tadi dan bila naik jer van pagi tadi trus eppy, adib dapat masuk kelas keduA 2Bestari, tapi pelik kawan adib yang lebeh pandai dari adib tu dapat masuk kelas ke 3...adib rasa bersalah la pulak..

Diorang cakap adib sombong...ni la yang tak suka ni..adib tak suka study dalam keadaan dikata orang...tapi mungkin betul..tapi dorang tak tahu yang adib malu coz dapat masuk kelas yg ke-2 tu..macam mana nak cakap kat dorang ea..tolong......

Yang ikhlas,

Adib...

Sabtu, 2009 Januari 03

Assalamualaikum dan salam sejahtera, lagi dua hari nak sekolah dah so paham2 jela apa akan berlaku kat Blog ni...


Terbengkalai...hmm ni la sayang ni.. tapi adib skang ngah diet


Isnin, 2008 Disember 29

Alam Persekolahan Bakal Bermula..

(ngah nengok cite digimon tamers)





Assalamualaikum, tak lama lagi nak sekolah dan pastinya semua barukan?? tetapi... kasut yg ku beli dulu akan ku pakai buat tahun ini...gila ker nak beli kasut baru..tak sampai 3 bulan pakai(tak campur hari raya ngan cuti sekolah).hmm ni la..kononnya nak beli kasut baru..dah siap edit gambar dah ni..ingatkan kasut baru..







Kasut yang tak dianggap..



rupa-rupanyer kena pakai lagi..adoi..diam tau jangan bagitau orang...alah..adib akan usaha sedaya upaya untuk mengoyakkan kasut ni agar dapat kasut baru ... suda gilakk sikitcrazy Pictures, Images and Photos


Walau apapun, Pelajaran No.1!







Ucapan Takziah oleh ADiB

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar atas permergiannya ke hadrat illahi pada 27/12/2008 .

"Al-Fatihah"

Jumaat, 2008 Disember 26

Template Baru&Rambut Baru ku

Template Baru ni cantik tak?? hahaha dah boring pakai etemplate.com punyer template coz slow la..yang ni okla coz kawan adib pkai gak..tapi dia renovation skit la..



Inilah gambar baruku selepas di gunting kat kedai tadi.



ok tak?? komen la ek!

Dengarlah Luahan Hatiku ini

Baru subuh tadi, masa nak semayang subuh abah suruh adib semayang dan abang "tiri" adib tu baling tempat simpan rokok kat adib.. selamat la kena perut kalau tak mati...sad Pictures, Images and Photos dia marah adib tuduh dia bukak empifier kuat-kuat . so dia amik la tindakan bodo dia tu nak baling. masa tu mak adib nak semayang dia dengar kita orang bermampus-mampus kat luar tu apa lagi, umi pun mengamuk la kaw2.

Abang tiri adib tu ada sejarahnya yang tersendiri. iaitu dia pernah bergaduh sampai tolak umi adib pada tahun lepas dan kena halau masa duduk kat kampung umi. padan muka...

Dan pada pukul 09:30 tadi, adib amik benda yang dia baling tadi tu dan adib sorokkan. punyalah abez semua perkataan dia mencarut tadi. tu la nak gaduh ngan adib so terima lah akibatnya.

Botol Plastik berbahaya?

Pernah tak korang minum air botol atau gunakan semula botol yang bertanda macam bawah ni?



Kalau ade, gunakan ia sekali je tau! kerana botol yang berkod macam tu mempunyai bahan kimia yang mudah mengembang dan mungkin boleh membawa maut!

Sekian,

Yang perihatin.."Perihatin ker??"

Adib...

Isnin, 2008 Disember 22

Kisah ku di tahun 2008

Tahun ini, adib dapat menunaikan hasrat adib.

1)Dapat Pujuk Abah beli maxis Broadband
2)Dapat buat blog yang cantik ni..cantik ker?
3)dapat chatting ngan kak stacy!
4)dapat skola...hahahahaha
5)dapat surf internet sampai demam seminggu.

Tetapi....

1)Astro kena Potong...pada 3 hari lepas...
2)selalu diejek
3)selalu kena ban..
4)mulut tak leh tahan
5) Tak katam Al-quran lagi.......sedeh....

Tetapi, adib maseh hidop bahagia...kerana adanya umi dan abah.Umi adib ni dia sanggup kerja jaga baby kat tadika walaupun umur dah nak 40 an. abg tiri adib datang menjelma pulak lepas ibu tiri adib buat kecoh kat taman perumahan ni.yang abg tiri adib ni...No Komen...malaz nak bazir masa menaip pasal dia.

Adib kat skola suke ngumpat..dan masa kokurikulum jer pergi CC...hahahaha..dan macam-macam la berlaku masa adib kat skola..seperti..

1) Kantoi ngumpat kat belakang kelas.(ditangkap oleh cikgu)
2)Musuh Bertambah
3)Mula terdetik perasaan cinta pada seseorang...
4)dapat kawan yang memahami...
5)dapat jumpa cikgu yang baik hati...(royalti lebe skit)

Itulah Sedikit Sebanyak Kisah ku di tahun 2008

Menanti Pasti . . (2)





Takut...alamak macam mana ni tak lama lagi dah nak skolah..tak dapat nak tumpukan menulis blog dah...awal-awal adib cakap sorry because maybe adib tak dapat updated blog lagi dalam tempoh yang agak lama...

Sebenarnya adib memang rindu nak sekolah tapi sayang blog ni terbiar..hmmm let's me thing....mungkin adib akan online sabtu ahad je kot!

Apa-apapun keputusan Peperiksaan Akhir bulan 10 hari tu akan keluar pada 5/1/2009 so wish me luck ok!